Wednesday, December 13, 2006

CONTACT GIG & PLATFORM

Attention to all new comers in Malaysian Indie Music.Korang tentu pernah rasa susah nak cari lobang gig/show untuk exposekan korang punya music betoi tak???? Material mcam lagu dah ada, tapi camne ek nak kasi orang umum dengar hasil karya kite???

Orait, kat bawah ni, adalah tempat yang korang boleh perform talent korang kat orang ramai..... Benda2 ni dipanggil open mic stage





DOPPELGANGER




Doppelganger ni satu tempat open mic stage yang boleh korang perform secara solo/band dalam bentuk akustik. Doppelganger adalah sebuah akustik show tanpa drum yang dibuat setiap bulan (usally ahad minggu terakhir). Event ni selalu buat kat area KL macam kat Liquid Bar, Indie Art Cafe and La Bodega. Senang je nak perform kat event ni, contact Miss Jazz 0176230288 or email dia kat link ni www.doppelgangerkl.blogspot.com


































TROUBARDOURS


Ni pun satu akustik show tanpa drum macam doppelganger. Event ni pun dibuat monthly sekitar Jlan Bukiat Bintang n Jalan Sultan Ismail KL.Orang yang conduct event ni is Mr Jerome Kugan i.e editor Klue Magazine. So, kalau nak publisiti masuk KLue Magazine OR Junk Magazine ke, korang boleh la try kat open mic stage dia ni. View http://www.troubadourskl.blogspot.com....... Apa yang pasti, crowd yang turun saksikan show stage ni memang RAMAI!!!!!!!!!!!




KER@BOO



Ni adalah satu platform kepada musician solo/band yang nak perform kat area IPOH. Ni merupakan satu akustik show yang dihandle oleh saudara Man. Kalau nak perform kat show ni, just contact saudara Man 017-5818930. As you guys know, scenen music indie kat Ipoh memang meriah... Mana la tau, after korang perform kat sini, tetibe dapat offer dari label Bodysurf Music or Bacteria Music ke?????? Hehehehehe..... So, just try..... Details http://www.myspace.com/kerabooacoustic









LAYAR TANCHAP



Okay, yang ni satu tempat art show regardless singing/poem reading yang diconduct oleh en Pot (ex innuendo). Dulu, event layar tanchap ni dibuat kat area Bangsar & area art galeri Shah Alam. Apa yang kami dapat tau, event ni selalu dibuat pada hari Jumaat malam sabtu minggu terakhir setiap bulan. Layar tanchap show ni gak ada link dengan MACP iaitu satu badan yang control hak cipta terpelihara sebuah karya. Baguih ni!!!!! Antara komuniti lain yang pernah jayakan event ni ialah team souldelite.com dan Royale Flag Crew. More details untuk event layar tanchap ni please view www.myspace.com/layartanchap and www.layartanchap.blogspot.com. Crowd yang datang ke event ni memang BEST!!!!! Awekz2 pun cun n comei2!!!!! Siap artis2 pun datang tengok benda show ni. Barang2 yang diprovide kan PA system, sound box, gendang, drum set n gitar akustik, mcm2 benda pelik arrr lagi..... Sometimes makan pun dapat free. Antara yang pernah perform kat sini ialah side band project MYO of Sky Juice Coffee i.e 7 purple, kumpulan nasyid Rasyanfikr, Pot Innuendo, Piko of Marionexxes,RNB 4 voice Defoo, Min Malek (tak sure sangat), Lydia's Diery and more.....


























ACOUSTIC JAM


Satu akustik show yang dihandle oleh indie pioneer Peter Hassan Brown of Soft Touch. Event ni telah stop for a while satu ketika dahulu. But, this acoustic jam is back with open mic session. Terbaru, bulan November 2006, satu akustik show dibuat kat Commonwealth Club kat Damansara Heights dan mungkin berterusan akan dibuat di sana. Acoustic Jam ni jugalah antara yang memperkenalkan artis2 macam Reza Salleh, Couple, d-VA , Mei Chern, Tempered Mental. Mengikut kata Markiza iaitu partner Peter Brown Hassan ni, kalau nak perform kat show ni senang je, just kena datang 2 jam awal sebelum event start untuk register nama. Then, u can perform. Details www.lemang.com. Kat sana ada link pasal acoustic jam......




GIGGERS ART CAFE



Band2 sekarang ni banyak join show kat sini. Tak silap kami, show yang dibuat kat sini setiap hari Khamis sampai Ahad weekly show. Giggers Art Cafe ni terletak kat Jalan Klang Lama. Korang yang teringin nak perform kat sini kena la book slot dulu. So, please contact:
Tasha :017 2380 666
Eddy :017 2580 666
Ayed :017 2278 666

Details view www.myspace.com/giggersartcafe. Barang2 yang diprovidekan 3 bijik amp, 1 bass amp and set drum complete punyaaaa...... Ramai organiser yang lepak kat sini. So, this maybe a good platform for newcomers to expose their music. Antara yang pernah perform kat sini, Nadia's Picture Show, Maximus, Sonic Mush, Sourtury, Revenge, The Melodies, Abstrak Hingga Ke Bulan, Stereo's 70 and more......



































LAUNDRY BAR


Terletak kat The Curve/Mutiara Damansara Ground Floor End Of The Street. Laundry Bar ni every Thursday nite akan buat live band show. Antara show yang diorang buat Moonshine under Reza Salleh, Project Bazooka, Deep Laundry Project dan Crossborders. Susah gak nak join kat show ni, so korang kena rajin kontek and rapat2 ngn organiser kat sana. Organiser untuk dikontek utk event Moonshine is Mr Reza Salleh, www.myspace.com/rezasalleh or moonshinekl.blogspot.com. Details lain boleh view kat www.laundrybar.net and www.laundrybar.blogspot.com