Tuesday, January 30, 2007

NURUL TANYA LOQUE BUTTER PLAK PASAL SCENE UNDERGROUND MALAYSIA



CUBA KITE COMPAREKAN PENDAPAT ANTARA JOE KIDD DAN LOQUE PASAL SCENE UNDERGROUND MALAYSIA:


-Siapakah anda (band/perseorangan), asal, pekerjaan dan menetap di mana?
saya loQue.pemain gitar/penulis lagu/penerbit utk Butterfingers dan skrang menetap d boston belajar jurusan music synth dan composition di berklee college of music.

-Boleh ceritakan perjalanan sejarah dunia muzik anda? Dari awal hingga sekarang.
saya mula berjinak dgn gitar sejak umur 13 thn.membuat rakaman pertama pada tahun 1994.membuat album pertama butterfingers pada tahun1996, 1.2 milligrams.
1997- butter worth pushful
1999-transcendence
2001-Malaynuem
2005-Slamat tinggal dunia.
skrang bersiap sedia utk studio album butters ke6 dan juga project2 sambilan yg lain, spt MONOLOQUe.

-Apakah yang menyebabkan anda berjaya di dalam muzik seperti sekarang?

saya belum lagi berjaya.kerana saya tidak pernah puas dgn pencapaian saya. mungkin saya akan menyerah kalah suatu hari nanti.barangkali.

-Bagaimana scene underground pada awal pembabitan anda?
seperti bayi yg . merangkak sedang belajar berjalan.

-Bagaimana scene underground sekarang anda lihat?
seperti budak belasan tahun yg. inginkan kebebasan.

-Saya pernah terbaca di internet, tentang tulisan Joe Kid Carburetor Dung mengenai tapak permulaan seni di Central Market. Boleh ceritakan apa yang berlaku sebenarnya di Central Market? ( kalau tak boleh jawab, abaikan soalan ni)
central market boleh dkatakan tempat bertemu kelompok2 pemuda yg inginkan kelainan dlm muzik/falsafah/ideology suatu ketika dahulu.dgn itu tercetuslah label'underground' yg digembargemburkan skrang...

-Saya selalu mendengar mengenai konsep DIY di dalam scene underground.Boleh ceritakan mengenai konsep DIY (do it yourself) di scene underground?
konsep BUAT SENDIRI.

-Bagaimana DIY pada scene underground sekarang?
smakin kukuh, tapi banyak yg terpesong dari konsep DIY itu sebenarnye. tapi manusia memang mcm tu. jadi biarkan lah.pada saya, saya cuma lebih cenderung dlm bidang muzik dan sedikit tentang nasionalisme.

-Pada satu masa dahulu di dalam scene underground, saya pernah terbaca scene underground Malaysia telah berpecah, tidak unite, berlakunya perpecahan di kalangan undergrounders. Kenapa itu berlaku? Pada pandangan anda, adakah scene underground sekarang unite atau tidak?
seperti bangsa melayu itu sendiri.. susah nak bersatu. mungkin sudah menjadi adat kita mcm tu. tapi siapa yg sedar kena berbuat sesuatu, kalau tak nescaya djajah lagi skali.

-Pada zaman awal pembabitan anda di dalam scene underground, bagaimana anda memperkenalkan muzik anda kepada umum?
saya percaya pada diri sendiri danmuzik yg hendak diketengahkan walaupun pada masa tu saya gila tiru gaya Nirvana.(hanya pada masa tu).

-Saya pernah terdengar pada tahun 1995 – 1999 banyak band underground Malaysia pernah membuat persembahan di luar Malaysia dan album terjual di luar, sedangkan ketika itu, kemudahan seperti myspace dan email tidak luas dipergunakan. Bagaimana ketika itu scene underground boleh begitu meriah sehingga ke peringkat luar?
saya rasa itu mungkin khabar 2 angin yg indah khabar dari rupa. mungkin ada tapi saya kurang ariff pasal perkara ini.

-Pada pendapat anda, bagaimana untuk menjadi sebuah band yang bagus dan dikenali?

berani membuat sesuatu yg asli dan lain dari lain sambil mengekalkan kesegaran.

-Pada pendapat anda, muzik Malaysia secara menyeluruh, kenapa muzik Malaysia tidak mampu ke luar?

saya rasa mungkin sebab kita terlampau fokus kat luar, padahal dlm negara sendiri kita tak mampu menguasainya 100%... akhirnya menjadi mangsa gergasi globalisasi spt MTV dan sebagainya..



-pada pendapat anda, bagaimana untuk memperkenalkan muzik Malaysia ke luar?
muzik Malaysia yg cuma terdapat di malaysia yg aneh kepada dunia luar.dan ia akan mengambil masa.kena mulakan skrnag.